Seperti yang kita tahu, simbol dengung dalam Quran ada 11 kesemuanya.
Di bawah ini ialah gambar simbol dengung secara ‘single’, iaitu tanpa bertemu dengan huruf selepasnya.

Kenapa Kena Kenal Simbol?
Kenapa bila kita belajar ilmu Tajweed, kita disarankan untuk mula dengan kenal simbol dulu. Kemudian bila dah mantap kenal simbol, barulah boleh kenal nama hukum pula. Kenapa ya, ustaz ?
Sebab, teknik simbol ini lebih mudah untuk difahami dan lebih cepat untuk kita ingat, terutamanya bagi orang yang baru nak belajar Quran. Yang paling penting, kita dapat tahu cara bacaannya dulu.
Tapi kalau ada yang nak terus belajar nama hukum, boleh je tiada masalah. Cuma, kena bersedialah untuk hafal dan ingat nama-nama hukum yang banyak. Banyak tau, bukan sedikit 😉
Cara Bacaan Dengung
“Ustaz, betul ke bila kita jumpa simbol dengung, ada 3 perkara yang kita kena buat. Boleh ustaz terangkan?”
Ya betul. Bila kita jumpa saja salah satu di antara 11 simbol dengung di atas, ada 3 perkara yang mesti kita buat, iaitu :
1. Mesti dengung 2 harakat
2. Bunyi dengung keluar dari rongga hidung (khaisyum)
3. Bersedia untuk sebut huruf selepasnya.
Contohnya : ِمِن قَبْل
Perhatikan pada simbol nun kosong, cara bacaannya adalah dengung 2 harakat, bunyi dengung keluar dari rongga hidung,
dan bersedia untuk sebut huruf ق selepasnya.
Okay, selain daripada contoh di atas, cuba cari lagi beberapa contoh yang mempunyai simbol dengung, yang terdapat dalam Quran.
Mungkin anda boleh cari dalam ayat Quran yang selalu dibaca dan diamalkan. Contohnya, dalam Ayatul Kursi, atau dalam mana-mana surah yang anda dah hafal.
“Tapi ustaz, saya belum hafal mana-mana surah pun lagi. Macam mana ye?”
Jangan risau. Ustaz ada Panduan Mudah Hafal Quran bagi anda yang baru nak mula, ataupun yang dah hafal tapi nak mantapkan lagi hafalan. Dapatkan info lebih lanjut tentang Panduan Mudah Hafal Quran di SINI.
P/s : Untuk memastikan sebutan dan bacaan yang betul, kita mestilah berguru dan bertalaqqi secara One-to-One dengan guru. Sebab, tanpa bimbingan guru, kita tak mungkin dapat tahu mana satu bacaan yang betul, dan mana satu bacaan yang salah.
Ikuti perkongsian di bawah ini tentang bagaimana bimbingan guru dapat membantu meningkatkan keyakinan dan kualiti bacaan Quran beliau.

Video Tajweed Santai PERCUMA Dengan Minima Infaq RM 100
Dapatkan secara PERCUMA 173 Koleksi Video Tajwid Santai Ustaz Zul AlMukhlisin Musim Pertama yang bernilai RM 1,570 dengan minima infaq RM 100.
Klik SINI untuk info lanjut »»»
www.almukhlisin.com/tajweed-santai-uzam
AlMukhlisin Official (Untuk pertanyaan) »»»
#TajweedSantaiUstazZulAlMukhlisin
#BacaQuranBertajweedSampaiRasaTenang
#CintaIlmuQuranAllahNabi
Discussion about this post